Wednesday 26 February 2014

Pencerahan Minda: Apa Itu 5S?

Serba sedikit info asas mengenai 5S untuk pencerahan minda. Dipetik dari laman web info 5S

Amalan 5S adalah kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas, dan selamat. Matlamat amalan 5S ialah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos, dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan, dan konsisten dapat memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"



No comments:

Post a Comment