Thursday 19 June 2014

Amalan 5S Sektor Pengurusan MQA Dapat Pujian

 
" Wah! Kemasnya surau ni.. " puji Dr. Azizah Abdullah sebaik menjejakkan kaki ke surau wanita tingkat 14B, MQA, pada Jumaat 6 Jun 2014 yang lalu. " First time saya tengok ni.. Baguslah!" Tambah beliau, merujuk kepada telekung yang tersusun cantik di dalam beg-beg oren dan merah yang lengkap bernombor.  

Saya jelaskan padanya yang itu ialah sebahagian daripada amalan 5S yang diterapkan dalam Sektor Pengurusan di MQA. Beliau lantas mengambil gambar rak telekung yang dikatakannya menarik untuk dikongsi dan dipraktikkan sekembalinya ke UUM nanti.

Penghargaan yang tinggi wajar diberi kepada semua yang bertanggungjawab dalam memastikan amalan 5S terus dilaksanakan, dalam kesibukan tugas harian yang tidak pernah reda. Ketua-ketua zon, juga ahli-ahlinya sama-sama menyumbang kepada kebersihan dan keindahan persekitaran kerja kita.