Wednesday 26 February 2014

5S 2014 @MQA

Amalan 5S bagi tahun 2014 di MQA berjalan seperti biasa. Pada tahun ini, MQA menumpukan sesi audit secara cross-audit di mana wakil audit dari zon yang lain menjalankan audit di zon yang lain.

Ini sekaligus dapat melatih wakil juruaudit mempraktikkan pengetahuan dan keupayaan mereka dalam menjalankan audit dalaman. Mereka juga dapat berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli dalam setiap zon mengenai amalan 5S. 

Berikut adalah maksud 5S mengikut bahasa asalnya iaitu dari Jepun serta terjemahannya ke bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang dipetik dari blog 5S JPJ Putrajaya



Seiri : Sisih 
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Seiton : Susun 
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia dapat diambil dengan mudah untuk digunakan.

Seiso : Sapu
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seiketsu : Seragam
Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Shitsuke : Sentiasa Amal
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"



PELAN TINDAKAN 2014

Pelan tindakan yang merangkumi perancangan dan pelaksanaan gotong-royong, mesyuarat, audit dalaman, dan aktiviti-aktiviti lain (jika ada). Ketua zon perlu menghantar pelan tindakan kepada urus setia pada akhir bulan Februari dan setiap tiga bulan sekali untuk pemantauan.

Disertakan di bawah jadual ialah senarai nama wakil juruaudit dalam setiap zon. Diharapkan setiap wakil yang ditugaskan ini dapat menjalankan tugas mengaudit zon lain dengan baik.  

Klik gambar untuk zoom.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"



ZON MAWAR 2014

Carta organisasi terkini zon Mawar dengan pertambahan beberapa orang ahli baru dan lama.

Rujuk juga senarai AJK yang ditugaskan untuk Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di dalam jadual iaitu  di sebelah kanan gambar.  


Klik gambar untuk zoom. 



"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S" 




ZON ORKID 2014

Carta organisasi terkini zon Orkid dengan perubahan pada jawatan Fasilitator dan pertukaran beberapa orang ahli baru dengan yang lama.

Rujuk juga senarai AJK yang ditugaskan untuk Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di dalam jadual iaitu  di sebelah kanan gambar.  


Klik gambar untuk zoom. 


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S" 




ZON LILY 2014

Carta organisasi terkini zon Lily dengan penggantian beberapa orang ahli lama dengan yang baru.

Rujuk juga senarai AJK yang ditugaskan untuk Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di dalam jadual iaitu di sebelah kanan gambar.  


Klik gambar untuk zoom.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S" 




 

ZON MATAHARI 2014

Carta organisasi terkini zon Matahari.

Rujuk juga senarai AJK yang ditugaskan untuk Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di dalam jadual iaitu di sebelah kanan gambar.  


Klik gambar untuk zoom. 


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S" 



ZON IRIS 2014

Carta organisasi terkini zon Iris dengan perubahan pada jawatan Fasilitator, Ketua Zon, dan penambahan beberapa orang ahli baru dan lama.

Rujuk juga senarai AJK yang ditugaskan untuk Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di dalam jadual iaitu  di sebelah kanan gambar.  


Klik gambar untuk zoom. 



"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"



Pencerahan Minda: Apa Itu 5S?

Serba sedikit info asas mengenai 5S untuk pencerahan minda. Dipetik dari laman web info 5S

Amalan 5S adalah kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas, dan selamat. Matlamat amalan 5S ialah bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos, dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan, dan konsisten dapat memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"