Friday 25 April 2014

Minggu Audit Susulan 5S Bil. 1/2014

Mesyuarat Audit Dalaman 5S telah diadakan dengan jayanya pada 21 April 2014. Tahniah kepada zon-zon yang mengamalkan 5S dengan sempurna. Bagi zon yang kurang mengamalkan 5S, masa seminggu diberikan untuk Audit Susulan. Audit Susulan dijadualkan diadakan pada 25 April 2014.




*Gambar hiasan*


Juruaudit dalaman 5S akan mengambil gambar kawasan-kawasan yang menjadi teguran audit. Gambar tersebut akan dihantar kepada urus setia sebelum penilaian akhir diberikan. 

Siapakah yang bakal menerima hadiah misteri untuk Audit Dalaman 5S Bil. 1/2014 kali ini? Sama-sama nantikan.






Friday 11 April 2014

Mesyuarat Pembentangan Laporan Audit Dalaman 5S Sektor Pengurusan Bil. 1/2014


Audit Dalaman yang dijalankan pada 4 hingga 11 April 2014 berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada auditor dalaman yang menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Terima kasih juga kepada warga SP yang memberi kerjasama mencantikkan dan mengindahkan kawasan tempat umum masing-masing. Semoga amalan ini dapat dijadikan budaya di kalangan warga MQA. 

Seterusnya, mesyuarat pembentangan laporan audit dalaman 5S bakal diadakan pada 18 April 2014. Mesyuarat akan disertai oleh Fasilitator, Ketua Zon, Juruaudit Dalaman, dan Urus Setia.

Dalam mesyuarat ini, auditor akan membentangkan laporan audit di kawasan yang telah diaudit. Auditor digalakkan menggunakan paparan slide berserta maklumat gambar bagi memudahkan pembentangan.  

Juruaudit hendaklah membuat pembentangan mengikut giliran seperti berikut:
  1. Zon Mawar
  2. Zon Lily
  3. Zon Matahari
  4. Zon Iris
  5. Zon Orkid

Monday 7 April 2014
Thursday 3 April 2014

Perkara-Perkara yang Diperlukan oleh Seorang Auditor untuk Mengaudit Sesuatu Zon


Audit Dalaman Bil. 1/2014 akan dimulakan pada esok hari (4 April 2014) dengan wakil auditor dari Zon Lily iaitu Puan Maznah Hamsah dan Encik Abdul Karim mengaudit Zon Iris.  


Apakah perkara-perkara yang diperlukan oleh seorang auditor untuk mengaudit sesuatu zon?


1. Borang Penilaian Audit Dalaman 2014 Mengikut Zon 
 
Borang ini akan diberi oleh urus setia 5S sehari sebelum audit berlangsung.


2. Kamera

Tujuan kamera adalah untuk mengambil gambar sebelum dan selepas aktiviti 5S berlangsung untuk dimasukkan ke dalam Laporan Audit Dalaman Bil 1/2014. 

3. Kalkulator
Kalkulator digunakan untuk pengiraan markah yang adil dan saksama berdasarkan penilaian.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"