Thursday 3 April 2014

Perkara-Perkara yang Diperlukan oleh Seorang Auditor untuk Mengaudit Sesuatu Zon


Audit Dalaman Bil. 1/2014 akan dimulakan pada esok hari (4 April 2014) dengan wakil auditor dari Zon Lily iaitu Puan Maznah Hamsah dan Encik Abdul Karim mengaudit Zon Iris.  


Apakah perkara-perkara yang diperlukan oleh seorang auditor untuk mengaudit sesuatu zon?


1. Borang Penilaian Audit Dalaman 2014 Mengikut Zon 
 
Borang ini akan diberi oleh urus setia 5S sehari sebelum audit berlangsung.


2. Kamera

Tujuan kamera adalah untuk mengambil gambar sebelum dan selepas aktiviti 5S berlangsung untuk dimasukkan ke dalam Laporan Audit Dalaman Bil 1/2014. 

3. Kalkulator
Kalkulator digunakan untuk pengiraan markah yang adil dan saksama berdasarkan penilaian.


"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"