Monday 17 November 2014

Pemenang Audit 5S Sektor Pengurusan Bil.2/2014

Zon Matahari sekali lagi muncul johan bagi kategori zon untuk Audit kedua 5S Sektor Pengurusan tahun 2014, mengekalkan kemenangan yang diperoleh dalam audit pertama pada April lalu. 

Bagi kategori individu pula, pemenang Zon Matahari ialah Cik Nezhaneza Md. Esa. Zon Orkid dimenangi oleh Cik Kamarul Izati Mohamad, manakala pemenang Zon Iris ialah Encik Mustaffa Kamarul Zaman. Puan Nor Fazilah Omar sekali lagi terpilih sebagai pemenang bagi Zon Lily manakala Zon Mawar diungguli oleh Encik Mohd. Zulkarami Ismail.  

TAHNIAH dan SYABAS kepada pemenang!
Friday 3 October 2014

Audit 5S Sektor Pengurusan Bil. 2 Tahun 2014

Audit 5S Sektor Pengurusan Bil. 2 Tahun 2014 telah dilaksanakan bermula 12 - 19 September 2014. Fokus audit pada kali ini ialah ruang kerja individu meliputi meja kerja, kabinet fail, susun atur dan kekemasan bilik atau ruang partition setiap individu. Secara keseluruhannya, audit kali ini berjalan lancar dan berhasil menyemarakkan budaya 5S di Sektor Pengurusan.

CONTOH CEMERLANG 5S

Kemas dan Rapi
   

Laci tidak berlabel, dokumen dan barangan tidak disusun di tempat sepatutnya

Thursday 19 June 2014

Amalan 5S Sektor Pengurusan MQA Dapat Pujian

 
" Wah! Kemasnya surau ni.. " puji Dr. Azizah Abdullah sebaik menjejakkan kaki ke surau wanita tingkat 14B, MQA, pada Jumaat 6 Jun 2014 yang lalu. " First time saya tengok ni.. Baguslah!" Tambah beliau, merujuk kepada telekung yang tersusun cantik di dalam beg-beg oren dan merah yang lengkap bernombor.  

Saya jelaskan padanya yang itu ialah sebahagian daripada amalan 5S yang diterapkan dalam Sektor Pengurusan di MQA. Beliau lantas mengambil gambar rak telekung yang dikatakannya menarik untuk dikongsi dan dipraktikkan sekembalinya ke UUM nanti.

Penghargaan yang tinggi wajar diberi kepada semua yang bertanggungjawab dalam memastikan amalan 5S terus dilaksanakan, dalam kesibukan tugas harian yang tidak pernah reda. Ketua-ketua zon, juga ahli-ahlinya sama-sama menyumbang kepada kebersihan dan keindahan persekitaran kerja kita.
Monday 16 June 2014

Konvensyen Team Excellence (QE/5S) Wilayah Tengah 2014



Pada 28-29 Mei yang lalu, Konvensyen Team Excellence Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Peringkat Wilayah Tengah 2014 telah berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC). Konvensyen yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato' Mohd. Razali Hussain ini disertai oleh 55 kumpulan yang terdiri daripada sektor awam, perkhidmatan dan perkilangan.

Tiga orang pegawai MQA daripada Bahagian Pentadbiran iaitu Puan Ruzana Hanim Ismail, Puan Rahimi Saidin dan Puan Nur Farahana Mohd. Taib telah berpeluang menghadiri Konvensyen anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC) tersebut.