Friday 28 March 2014

Juruaudit Dalaman 2014

Carta organisasi terkini Juruaudit Dalaman tahun 2014:


Diharapkan Juruaudit Dalaman yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berintegriti dan berwibawa. 

"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"  



Wednesday 26 March 2014

Cross Audit / Audit Silang

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, untuk tahun 2014, Sektor Pengurusan akan melaksanakan audit dalaman secara Audit Silang (Cross Audit). Setiap zon akan diaudit oleh zon yang lain. Berikut ialah aturan Audit Silang yang telah ditetapkan:


Apakah Tumpuan Audit Dalaman 5S Bil. 1/2014?

Audit Dalaman Bil. 1/2014 akan menumpukan pada Tempat Umum.

Tempat Umum merangkumi:
  • Bilik Fotostat
  • Stor
  • Pantri
  • Bilik Utiliti
  • Bilik Teknikal
  • Bilik Mesyuarat
  • Printer
  • Kaunter
  • Bilik Fail
  • Dewan
  • Gymnasium
  • Pusat Sumber
  • Ruang Edaran Surat dan Pos Laju
  • Tandas
Setiap kawasan yang dinyatakan di atas mempunyai AJK yang dipertanggungjawabkan. AJK ini (dengan bantuan ahli zon yang lain) bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan-kawasan ini. 

Bagi melihat adakah anda salah seorang AJK yang dipertanggungjawabkan untuk kawasan-kawasan di atas, sila rujuk Carta Organisasi 5S (scroll di bawah).  

http://www.resultsresults.co.uk/Portals/170850/images/5S%20Logo%20Upload.jpg


Kriteria Audit Dalaman Bil. 1/2014

Kriteria Audit Dalaman disediakan mengikut kesesuaian zon yang akan dinilai serta tidak bercanggah dengan amalan 5S yang sedang dilaksanakan di Sektor Pengurusan MQA.

Kriteria yang dikenal pasti akan didokumenkan dalam bentuk borang audit untuk digunakan semasa proses audit berjalan oleh semua panel auditor.

Audit dalaman yang bakal diadakan adalah pada 31 Mac hingga 11 April 2014.

Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak audit akan dipamerkan di setiap sudut amalan 5S yang disediakan. Keputusan ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan yang sihat sesama zon dan menimbulkan rasa bangga pada kumpulan yang terbabit.


 

Antara audit yang akan dinilai dan diberi markah. 

Carta Organisasi Baharu

Dimaklumkan bahawa pihak urus setia telah mengemaskini Carta Organisasi yang baharu. Perkara yang diubah adalah Kawasan Di Bawah Tanggungjawab di mana ada penambahan dan pengurangan kawasan sebelum ini dengan persetujuan dalam Perbincangan Bersama Auditor Dalaman 5S pada 24 Mac 2014 yang lepas. 

Boleh scroll ke bawah untuk melihat zon-zon anda ataupun klik pada link-link ini:


http://kkkba.files.wordpress.com/2012/10/logo-5s-2013.png