Tuesday 20 December 2016

Keputusan Audit 5S Tahun 2016 (Ruang Kerja Individu)

Audit dalaman 5S Sektor Pengurusan MQA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 hingga 26 Oktober 2016. Audit kali ini memfokus kepada ruang kerja individu meliputi semua zon 5S di bawah Sektor Pengurusan iaitu Zon Mawar (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Zon Lily (Bahagian Teknologi Maklumat), Zon Iris dan Zon Orkid (Bahagian Pentadbiran) serta Zon Matahari (Bahagian Kewangan). 

Kemuncak kepada aktiviti audit ini adalah pengumuman keputusan lima orang pemenang ruang kerja individu terbaik yang memperolehi markah tertinggi semasa audit dijalankan. Hadiah wang tunai berjumlah RM100.00 seorang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MQA kepada pemenang dalam Majlis Glam and Bold MQA yang telah berlangsung pada 2 Disember 2016 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang audit dalaman 5S dan juga setinggi penghargaan kepada semua staf yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan pelaksanaan 5S di Sektor Pengurusan.

KEPUTUSAN PEMENANG AUDIT DALAMAN 5S (RUANG KERJA INDIVIDU) TAHUN 2016



Encik Muhammad Hafeez Ariffin

Encik Mustaffa Kamarul Zaman
Puan Ellyta Rahida Abdul Mubin
Puan Nurul Asyikin Tajudin
  
Encik Mohammad Hanizam Johan