Tuesday 15 December 2015

Keputusan Audit 5S Sektor Pengurusan Tahun 2015

Audit 5S Sektor Pengurusan tahun 2015 telah selesai dijalankan pada 5 - 9 Oktober 2015 dengan kawasan tumpuan audit meliputi kawasan umum di bawah seliaan setiap zon.

Pemenang Zon Terbaik ditentukan berdasarkan tempat umum terbanyak mendapat markah tertinggi di bawah seliaan setiap zon manakala pemenang Tempat Umum Terbaik dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi. Keputusan audit adalah seperti berikut:


Hadiah berupa wang tunai kepada Pemenang Zon Terbaik dan Pemenang Tempat Umum Terbaik telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif MQA kepada wakil zon yang berkenaan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MQA pada 8 Disember 2015 bertempat di Dewan Utama Tingkat 12A. 

Tahniah kepada semua pemenang serta setinggi penghargaan kepada setiap Zon atas komitmen dan kerjasama bagi memastikan pelaksanaan dan pembudayaan 5S yang berterusan di Sektor Pengurusan. 


Puan Norasikin Yahya selaku Ketua Zon Iris (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14A) menerima hadiah untuk Zon Terbaik, Johan Kategori Bilik Fotostat Terbaik dan Johan Kategori Bilik Stor Terbaik
Encik Mohd Sabri Mohd Zaki mewakili Zon Matahari (Bahagian Kewangan Tingkat 14B) menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik dan Pantri Terbaik

Ketua Zon Orkid (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14B) iaitu Puan Hazlina Muhamad menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik
Zon Lily (Bahagian Teknologi Maklumat Tingkat 14A) yang menjuarai kategori Bilik Mesyuarat Terbaik diwakili oleh Encik Ambok Massek @ Abdul Karim Daeng Taleba