Audit dalaman 5S Sektor Pengurusan MQA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25 hingga 26 Oktober 2016. Audit kali ini memfokus kepada ruang kerja individu meliputi semua zon 5S di bawah Sektor Pengurusan iaitu Zon Mawar (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Zon Lily (Bahagian Teknologi Maklumat), Zon Iris dan Zon Orkid (Bahagian Pentadbiran) serta Zon Matahari (Bahagian Kewangan).
Kemuncak kepada aktiviti audit ini adalah pengumuman keputusan lima orang pemenang ruang kerja individu terbaik yang memperolehi markah tertinggi semasa audit dijalankan. Hadiah wang tunai berjumlah RM100.00 seorang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MQA kepada pemenang dalam Majlis Glam and Bold MQA yang telah berlangsung pada 2 Disember 2016 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Tahniah
diucapkan kepada semua pemenang audit dalaman 5S dan juga setinggi
penghargaan kepada semua staf yang telah memberikan komitmen bagi
menjayakan pelaksanaan 5S di Sektor Pengurusan.
KEPUTUSAN PEMENANG AUDIT DALAMAN 5S (RUANG KERJA INDIVIDU) TAHUN 2016
|
Encik Muhammad Hafeez Ariffin |
|
Encik Mustaffa Kamarul Zaman |
|
Puan Ellyta Rahida Abdul Mubin |
|
Puan Nurul Asyikin Tajudin |
|
Encik Mohammad Hanizam Johan |
No comments:
Post a Comment