Ini sekaligus dapat melatih wakil juruaudit mempraktikkan pengetahuan dan keupayaan mereka dalam menjalankan audit dalaman. Mereka juga dapat berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli dalam setiap zon mengenai amalan 5S.
Berikut adalah maksud 5S mengikut bahasa asalnya iaitu dari Jepun serta terjemahannya ke bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang dipetik dari blog 5S JPJ Putrajaya.
Seiri : Sisih
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
Seiton : Susun
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia dapat diambil dengan mudah untuk digunakan.
Seiso : Sapu
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
Seiketsu : Seragam
Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
Shitsuke : Sentiasa Amal
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
"Ke arah memupuk Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S"