Friday, 11 April 2014

Mesyuarat Pembentangan Laporan Audit Dalaman 5S Sektor Pengurusan Bil. 1/2014


Audit Dalaman yang dijalankan pada 4 hingga 11 April 2014 berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada auditor dalaman yang menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Terima kasih juga kepada warga SP yang memberi kerjasama mencantikkan dan mengindahkan kawasan tempat umum masing-masing. Semoga amalan ini dapat dijadikan budaya di kalangan warga MQA. 

Seterusnya, mesyuarat pembentangan laporan audit dalaman 5S bakal diadakan pada 18 April 2014. Mesyuarat akan disertai oleh Fasilitator, Ketua Zon, Juruaudit Dalaman, dan Urus Setia.

Dalam mesyuarat ini, auditor akan membentangkan laporan audit di kawasan yang telah diaudit. Auditor digalakkan menggunakan paparan slide berserta maklumat gambar bagi memudahkan pembentangan.  

Juruaudit hendaklah membuat pembentangan mengikut giliran seperti berikut:
  1. Zon Mawar
  2. Zon Lily
  3. Zon Matahari
  4. Zon Iris
  5. Zon Orkid