Audit 5S Sektor Pengurusan tahun 2015 telah selesai dijalankan pada 5 - 9 Oktober 2015 dengan kawasan tumpuan audit meliputi kawasan umum di bawah seliaan setiap zon.
Pemenang Zon Terbaik ditentukan berdasarkan
tempat umum terbanyak mendapat markah tertinggi di bawah seliaan setiap zon
manakala pemenang Tempat Umum Terbaik dipilih berdasarkan markah tertinggi
yang diperolehi. Keputusan audit adalah seperti berikut:
Puan Norasikin Yahya selaku Ketua Zon Iris (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14A) menerima hadiah untuk Zon Terbaik, Johan Kategori Bilik Fotostat Terbaik dan Johan Kategori Bilik Stor Terbaik
|
Encik Mohd Sabri Mohd Zaki mewakili Zon Matahari (Bahagian Kewangan Tingkat 14B) menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik dan Pantri Terbaik
|
Ketua Zon Orkid (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14B) iaitu Puan Hazlina Muhamad menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik
|
Zon Lily (Bahagian Teknologi Maklumat Tingkat 14A) yang menjuarai kategori Bilik Mesyuarat Terbaik diwakili oleh Encik Ambok Massek @ Abdul Karim Daeng Taleba |
No comments:
Post a Comment