Tuesday, 15 December 2015

Keputusan Audit 5S Sektor Pengurusan Tahun 2015

Audit 5S Sektor Pengurusan tahun 2015 telah selesai dijalankan pada 5 - 9 Oktober 2015 dengan kawasan tumpuan audit meliputi kawasan umum di bawah seliaan setiap zon.

Pemenang Zon Terbaik ditentukan berdasarkan tempat umum terbanyak mendapat markah tertinggi di bawah seliaan setiap zon manakala pemenang Tempat Umum Terbaik dipilih berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi. Keputusan audit adalah seperti berikut:


Hadiah berupa wang tunai kepada Pemenang Zon Terbaik dan Pemenang Tempat Umum Terbaik telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif MQA kepada wakil zon yang berkenaan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MQA pada 8 Disember 2015 bertempat di Dewan Utama Tingkat 12A. 

Tahniah kepada semua pemenang serta setinggi penghargaan kepada setiap Zon atas komitmen dan kerjasama bagi memastikan pelaksanaan dan pembudayaan 5S yang berterusan di Sektor Pengurusan. 


Puan Norasikin Yahya selaku Ketua Zon Iris (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14A) menerima hadiah untuk Zon Terbaik, Johan Kategori Bilik Fotostat Terbaik dan Johan Kategori Bilik Stor Terbaik
Encik Mohd Sabri Mohd Zaki mewakili Zon Matahari (Bahagian Kewangan Tingkat 14B) menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik dan Pantri Terbaik

Ketua Zon Orkid (Bahagian Pentadbiran Tingkat 14B) iaitu Puan Hazlina Muhamad menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik
Zon Lily (Bahagian Teknologi Maklumat Tingkat 14A) yang menjuarai kategori Bilik Mesyuarat Terbaik diwakili oleh Encik Ambok Massek @ Abdul Karim Daeng Taleba


Thursday, 11 June 2015

Live Audit di MQA

Satu sesi "Live Audit 5S" telah berlangsung pada 10 Jun 2015 di MQA. Para peserta "Bengkel Pemantapan dan Pemerkasaan Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti QE/5S" berpeluang untuk melaksanakan latih amal Audit 5S terus selepas berbengkel. Pada jam 9.30 pagi peserta yang dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu  Inspire, Hexagon, Rafflesia dan Apanama bergerak ke Tingkat 8A, 12B, 13A dan 14B untuk sesi audit bagi tujuan pembelajaran ini. Secara keseluruhannya, sesi audit ini berhasil memberi pengalaman audit yang amat berharga kepada para peserta.



Tuesday, 9 June 2015

Program Latihan Audit Dalaman 5S Tahun 2015


Pada 9 - 10 Jun 2015, program "Bengkel Pemantapan dan Pemerkasaan Audit Dalaman QE/5S" telah diadakan bertempat di Dewan Utama MQA, Tingkat 12A. Bengkel yang meliputi sejumlah 44 orang peserta daripada kalangan staf Sektor Pengurusan, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran dan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, berjalan lancar bermula jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Konsultan daripada Inno Global Consultancy, Encik Che Razali Che Ismail memulakan sesi dengan menjelaskan tentang pengertian 5S, diikuti dengan huraian tentang proses audit 5S dan contoh-contoh amalan baik 5S. Sesi petang merupakan latih amal dalam kumpulan yang mana para peserta bengkel dibahagikan kepada empat kumpulan.





Friday, 30 January 2015

Keputusan Audit 5S Sektor Pengurusan Bil.3/2014


Audit 5S Sektor Pengurusan Bil.3/2014 telah berlangsung pada 15-19 Disember 2014. Audit kali ketiga dan terakhir bagi tahun 2014 ini memfokuskan kepada keseluruhan ruang kerja Sektor Pengurusan merangkumi tempat umum dan individu. 

Hasil daripada audit tersebut, juara bagi kategori Zon telah dimenangi oleh Zon Iris. Manakala bagi kategori tempat umum, Zon Matahari memenangi dua kategori iaitu Pantry Terbaik (Pantry 14B) dan Bilik Fail Terbaik (Bilik Fail Kewangan 14B). Zon Lily pula memenangi kategori Bilik Mesyuarat Terbaik (Bilik Mesyuarat 14A) manakala Zon Iris mengungguli kategori Bilik Fotostat Terbaik (Bilik Fotostat 14A) dan Bilik Stor Terbaik (Bilik Stor 8A). 

Syabas kepada para pemenang dan teruskan usaha kepada yang lain. Semoga 5S Sektor Pengurusan lebih cemerlang pada tahun 2015!

Ketua Zon Iris – Puan Norasikin Yahya, menerima hadiah daripada Puan Salmah Ahmad untuk Zon Terbaik, 
Johan Kategori Stor Terbaik dan Johan Kategori Bilik Fotostat Terbaik

Puan Noor Asimah Ali - Ketua Zon Matahari, menerima hadiah untuk Johan Kategori Bilik Fail Terbaik 
dan Pantry Terbaik


Zon Lily yang menjuarai kategori Bilik Mesyuarat Terbaik diwakili oleh Cik Puteri Noorlili Bahrun