Satu sesi "Live Audit 5S" telah berlangsung pada 10 Jun 2015 di MQA. Para peserta "Bengkel Pemantapan dan Pemerkasaan Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti QE/5S" berpeluang untuk melaksanakan latih amal Audit 5S terus selepas berbengkel. Pada jam 9.30 pagi peserta yang dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu Inspire, Hexagon, Rafflesia dan Apanama bergerak ke Tingkat 8A, 12B, 13A dan 14B untuk sesi audit bagi tujuan pembelajaran ini. Secara keseluruhannya, sesi audit ini berhasil memberi pengalaman audit yang amat berharga kepada para peserta.
Thursday, 11 June 2015
Tuesday, 9 June 2015
Program Latihan Audit Dalaman 5S Tahun 2015
Pada 9 - 10 Jun 2015, program "Bengkel Pemantapan dan Pemerkasaan Audit Dalaman QE/5S" telah diadakan bertempat di Dewan Utama MQA, Tingkat 12A. Bengkel yang meliputi sejumlah 44 orang peserta daripada kalangan staf Sektor Pengurusan, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran dan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, berjalan lancar bermula jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Konsultan daripada Inno Global Consultancy, Encik Che Razali Che Ismail memulakan sesi dengan menjelaskan tentang pengertian 5S, diikuti dengan huraian tentang proses audit 5S dan contoh-contoh amalan baik 5S. Sesi petang merupakan latih amal dalam kumpulan yang mana para peserta bengkel dibahagikan kepada empat kumpulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)