Tuesday, 24 April 2012

Latar Belakang 5S

Tahun 2009
  • Pihak Pengurusan membuat keputusan untuk melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti, 5S di MQA. 
  • Lawatan kerja ke MAMPU untuk melihat pelaksanaan 5S pada 24 Mac 2009.
  • Taklimat kesedaran 5S kepada warga pada 29 Mei 2009.  
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan 5S pada 27 Oktober 2009 secara dasarnya bersetuju pelaksanaan 5S dimulakan pada bulan November 2009 & diwajibkan di Sektor Pengurusan sebagai projek perintis manakala di Bahagian lain 5S dibuat mengikut kemampuan. Pegawai Tadbir Bahagian/Penyelia Pembantu Tadbir dipertanggungjawabkan menjayakan pelaksanaan 5S di tingkat masing-masing. Puan Normahizan Yaacob dilantik selaku Wakil Ketua Pelaksana 5S Sektor Pengurusan manakala Encik Mohamad Azley Ahmad dilantik sebagai Wakil Ketua Pelaksana 5S Sektor Jaminan Kualiti. 
  • Gotong-royong perdana 5S MQA pada 21 November 2009 (Sabtu).             

Tahun 2010
  • Memutuskan untuk mendapat Pensijilan Amalan 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 1/2010 pada 22 September 2010 :
    • Penubuhan J/K Pemandu, Kerja dan Pelaksana 5S Sektor Pengurusan
    • Pelantikan Pengerusi J/K Latihan, J/K Promosi, J/K Audit, 2 Fasilitator (14A & 14B)
    • Penubuhan Zon 1 (Tingkat 14A) dan Zon 2 (Tingkat 14B)
    • Tema bunga digunapakai untuk zon
    • Zon 1 (Zon Mawar) - BTM, BPSM, BP, Ruang Gunasama
    • Zon 2 (Zon Tulip) - BP, BW, Ruang Gunasama
  • Hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 2/2010 pada 7 Oktober 2010 :
    • Meluluskan Polisi, Objektif, Logo 5S, Buku Panduan 5S
    • Pertambahan Zon 3 (Zon Orkid) & seorang fasilitator - Pusat Sumber, Stor Pentadbiran & Stor Teknikal
    • Paparan papan pergerakan staf dan sudut 5S zon 
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 3/2010 pada 23 November 2010 :
    • Edaran surat pelantikan Jawatankuasa
    • Gotong-royong pada 3 Disember 2010

Tahun 2011
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 1/2011 pada 1 Februari 2011 :
    • Aktiviti gotong-royong setiap minggu
    • Papan pergerakan staf untuk Zon Tulip dan Zon Mawar sahaja
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 2/2011 pada 3 Mac 2011 :
    • Pelarasan semula zon 14A (3 zon - Lily, Mawar, Daisy), 14B (Iris, Orkid, Matahari)
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 3/2011 pada 13 Mei 2011 :
    • Pengerusi J/K Latihan baru
    • Pemberian saguhati RM100 (zon terbaik) dan baucer RM10 (ruang kerja pegawai terbaik zon)
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 4/2011 pada 14 Julai 2011 :
    •  Mewujudkan workstation contoh 5S
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 5/2011 pada 26 September 2011 ;
    • Pengerusi J/K Pemandu dan Pembantu Khas termasuk dalam Zon Orkid untuk diaudit.
  • Hasil Mesyuarat J/K Pemandu Bil. 6/2011 pada 15 November 2011 :
    • Pelaksanaan audit ditambahbaik dengan entrance meeting & exit meeting.
    • Setiap zon menghantar 2 orang ahli zon untuk audit dalaman.
  • Audit pertama 5S pada 3-5 Mei 2011
  • Audit kedua 5S pada 5-8 Jun 2011
  • Audit ketiga 5S pada 15-23 September 2011
  • Lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pada 7 Jun 2011
  • Lawatan ke Pusat Kesihatan UITM pada 9 November 2011
  • Cross audit MITI pada 13 Oktober 2011
  • Gotong-royong Sektor Pengurusan pada 18 November 2011